Sabtu, 07 April 2012

Misteri Kehebatan Teknologi Zaman Nabi Nuh

Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika
pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah
dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan
silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah
membaik pulih sahaja piramid- piramid ini yang
diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari
oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk
dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh
tonton filem 10.000 B.C dimana terdapat kaum yang
membina Piramid ditengah-tengah padang pasir
untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.
Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa
melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi bujur-
bujur ( bintang-gemintang ) dimana pada masa yang
sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum
Istana.

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid
Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan
buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah
kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah
kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-
mula merencanakan pembinaan Piramid?

Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat
paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang
Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion
sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah
petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang
Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di
langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala
sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina
piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang
teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan
material adalah setanding malah lebih maju dari apa
yang kita dapati hari ini.

Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan
manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman
Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah
teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan
kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat
terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.
Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih
dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi
adakah semua itu berguna setelah banjir besar
melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali.

Nabi Nuh memuatkan kapalnya dengan
manusia, hewan-hewan yang berpasangan serta
spesis-spesis tumbuh- tumbuhan yang terpilih. Di sini
kita dapat mengetahui bahawa ‘profesion’ Nabi Nuh
bukan saja seorang pengembang agama tetapi juga
pakar sains zoologi yang handal.

Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar
hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100
orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang
wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk
membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit.
Malah, para pengikut Nabi Nuh as terdiri
daripada orang miskin yang lemah dan melarat
sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam
jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat
mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri
ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada
juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera
Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita
tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh
ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia
sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada
masa kini sekurang- kurangnya. Kita boleh
membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di
dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan
dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem
perkomputeran yang termaju.

Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi
kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak
kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari
lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1
Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan
manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana
kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas
kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam
manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di
zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun
(ini anggaran yang amat minimum memandangkan
jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi
sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-
ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia
mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir
Besar.

Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut
dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta
Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat
terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan
kuasa nuklear seperti kesan- kesan yang ditemui di
Mohenjo-Daro dan Harappa.

Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna
apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu
habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang
mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam
arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi
yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin
rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara
terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel
di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali
diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert
muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan
pesta seks yang menghairahkan dihadapan
sembahan-sembahan berhala yang mereka
pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan
walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Mungkin anda berasa lucu dengan skenario yang
dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi
Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan
mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI.
Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil
Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang
penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel
bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri
purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa
(sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk
CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.

Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan
loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika!
Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.

Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh
pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang
setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih
mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang
gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail
ikan.

Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di
tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang
tua di kalngan mereka mengenai kehidupan
moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu
seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan
pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang
pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin
menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan
komputer.

p/s : Segala fakta dan dll di atas (kesan radioaktif di
Mohenjo-Daro, bateri Baghdad, cakera padat Dropa,
loji nuklear di Oklo), hanyalah fakta sokongan kepada
‘kemajuan teknologi umat zaman terdahulu’ dan tidak
merujuk kepada zaman Nabi Nuh as.

Source: ahmadsamantho.wordpress.com/2012/04/05/misteri-kehebatan-teknologi-zaman-nabi-nuh/

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...